Strok haba: Pastikan kipas, pendingin hawa berfungsi di sekolah

Iklan
Gambar hiasan. Gambar kecil: Anuar Ahmad

SHAH ALAM - Waktu persekolahan sepanjang cuaca panas tidak perlu dipinda sebaliknya pihak sekolah perlu memastikan kemudahan kelas termasuk asrama seperti kipas berfungsi dengan baik.

Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, jika kemudahan seperti kipas itu rosak dikhuatiri ianya akan menganggu keselesaan pelajar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kipas adalah kemudahan utama bilik darjah dan asrama kena segera baik pulih kalau rosak jika tidak ianya boleh memudaratkan pelajar.

"Begitu juga dengan alat pendingin hawa di makmal sains, bilik komputer, perpustakaan, pejabat dan bilik guru juga perlu dipastikan berfungsi demi kebaikan semua pihak,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada keperluan untuk meminda waktu persekolahan harian disebabkan cuaca panas perlu dilaksanakan sekarang.

Anuar berkata, selain mengalakkan pelajar membawa air daripada rumah, pihak sekolah juga boleh menyediakan kemudahan air minuman untuk kemudahan pelajar.

Iklan

"Sebagai contoh sekolah atau PIBG boleh mencari inisiatif mengadakan mesin penapis air bagi memberi kemudahan kepada pelajar mendapatkan bekalan air minuman pada setiap masa.

Tambahnya lagi, usaha itu penting bagi memastikan pengambilan air di kalangan pelajar mencukupi bagi mengelak dehidrasi tubuh.