Daihatsu didakwa palsukan ujian keselamatan Perodua Axia

Iklan
Gambar hiasan - Foto https://www.perodua.com.my/our-models/axia.html

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Daihatsu Motor Company, anak syarikat Toyota Motor didakwa mengakui menipu dan memalsukan keputusan ujian keselamatan kemalangan melibatkan bahagian panel sisi pintu bagi 88,000 unit kereta yang dijual di bawah jenama Toyota.

Syarikat itu mengesahkan kemasan pintu diubah suai dengan sebuah 'takik' (notch) untuk meminimumkan risiko panel pintu tersebut boleh pecah dan terhasilnya bucu tajam yang akan mencederakan ketika beg udara sisi diaktifkan.

Iklan
Iklan

Model yang terjejas termasuk Toyota Yaris Ativ buatan Thailand dari Ogos lalu dan Perodua Axia yang dikeluarkan di Malaysia bermula dari Februari.

Daripada 88,000 kenderaan itu, kira-kira 76,000 adalah model Yaris terutamanya untuk negara Thailand, Mexico dan Majlis Kerjasama Teluk (Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman) serta kira-kira 11,800 kereta Perodua Axia 2023 yang dijual di Malaysia.

Iklan

Memetik laporan Reuters, Pengerusi Toyota, Akio Toyoda berkata, kejadian itu tidak boleh diterima kerana melanggar kepercayaan pelanggan.

"Kami sedang menyiasat bagaimana panel sisi Yaris dan model lain telah ditukar untuk ujian keselamatan dan memohon maaf atas apa yang berlaku kerana dilihat sebagai pencabulan ke atas kepercayaan pengguna," katanya.

Iklan

Bagaimanapun, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kemalangan atau kecederaan yang berkaitan dengan ujian kemalangan.

Tambah beliau, siasatan secara terperinci akan dilakukan, namun memerlukan sedikit masa.