Pembahagian kerusi PRN: BN tidak akan ketepi komponen lain

Iklan
Zambry (tiga dari kanan) bergambar bersama tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Dewan Komuniti Cempaka Sari. - Foto Bernama

IPOH - Barisan Nasional (BN) tidak akan mengetepikan mana-mana parti gabungannya dalam soal pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, sebarang perbincangan pembahagian kerusi adalah atas persetujuan bersama parti-parti komponen BN.

Iklan
Iklan

"Semangat BN tetap kekal, sebarang perundingan melibatkan kerusi akan dibincang bersama-sama.

"Dalam mesyuarat Dewan Tertinggi (BN) semalam juga mengambil ketetapan ia akan dibincang baik dengan gabungan BN atau PH (Pakatan Harapan),” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi, Dr Aziz Bari.

Terdahulu media melaporkan Naib Presiden MCA yang juga Pengerusi MCA Pulau Pinang, Tan Teik Cheng berkata, perbincangan rundingan kerusi antara kedua-dua gabungan itu harus merangkumi semua parti komponen. - Bernama

Iklan