SHAH ALAM - Jurang kaya miskin antara pekerja dengan majikan di Malaysia terutama yang memiliki kilang dan syarikat korporat didakwa masih berlaku dengan luas.
Justeru, bersempena dengan Hari Buruh pada 1 Mei ini, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa kerajaan supaya dapat mengusahakan gaji bermaruah kepada para pekerja agar mereka dapat menikmati kehidupan yang selesa.
Iklan
Iklan
"Gaji yang bermaruah juga dapat memberi perlindungan kepada pekerja dan Ahli keluarga ketika sakit dan mengalami masalah kesihatan.
"Ia juga boleh menjamin mereka untuk mempunyai rumah bagi ahli keluarganya daripada hujan dan panas serta pengusiran terutama kepada mereka yang hidup di kawasan setinggan,” kata beliau dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.
Hassan menambah, meskipun kekayaan negara melimpah ruah, namun purata pendapatan golongan pekerja masih rendah jika diukur dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Jelas beliau, perjuangan hak mereka kini menjadi satu tanggungjawab utama buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ini adalah satu cabaran besar kerajaan yang ada sekarang Anwar untuk memberikan Keadilan kepada seluruh kaum pekerja di Malaysia,” ujarnya.