Cadangan berniat jahat, tak bertanggungjawab

Iklan
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak

IPOH - Cadangan pengguguran agama di dalam kad pengenalan dan pembukaan sebuah kedutaan di Israel adalah berniat jahat dan menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, sikap senator dari DAP, Nga Hock Cheh itu menunjukkan beliau kurang peka akan hak Perlembagaan yang sudah termaktub dan alasan bukan berlatarbelakangkan ahli politik tidak wajar diguna pakai bagi menganggap kata-katanya disalah tafsir.

Iklan
Iklan

Menurutnya, cadangan pembukaan sebuah kedutaan di Israel memperlihatkan karektor Hock Cheh yang merupakan seorang peguam, sebagai seseorang kurang ilmu polisi pentadbiran negara.

"Isunya bukan sahaja kepada pendirian kerajaan mengutuk kezaliman Israel, malah Malaysia tidak pernah mengiktiraf pembentukan negara itu.

Iklan

"Kita tidak ada hubungan diplomatik dengan mereka dan adalah lemah dari segi pemikiran beliau untuk mencadangkan sedemikian 'on hindsight'," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rabu lalu, Hock Cheh dalam sidang Dewan Negara berkata, sebab-sebab yang menghalang perpaduan di negara ini berlaku apabila setiap individu diberikan identiti mengikut kaum, bukan identiti nasional.

Iklan

Bagaimanapun, cadangan peguam itu untuk menggugurkan status itu mendapat kritikan dan pandangan yang berbeza daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Farhash Wafa Salvador berkata, pihaknya menasihatkan DAP untuk menegur dan mendidik senator mereka demi kesejahteraan dan perpaduan kaum di negara ini.

"Ahli senator mungkin perlu belajar bagaimana memperhalusi kata-kata mereka dan lebih penting menunjukkan kesungguhan menjamin kedaulatan negara," katanya.