Wanita maut dalam kebakaran

Iklan
Keadaan kebakaran di ruang dapur di sebuah rumah kedai di Taman Overseas Union pada Ahad.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita maut dalam kebakaran membabitkan ruang dapur sebuah rumah kedai di Taman Overseas Union di sini, pada Ahad.

Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Khairul Nizat Mohammad Rokhi berkata, mangsa berusia 47 tahun itu ditemukan telah meninggal dunia di dalam bilik di kediaman itu.

Iklan
Iklan

"Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 8.43 pagi. Sepasukan sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Petaling bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, kebakaran telah dipadamkan oleh orang awam melibatkan ruangan dapur dalam rumah kedai tersebut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Mohd Khairul Nizat berkata, keluasan ruangan dapur dianggarkan 0.93 X 0.93 meter persegi.

"Kemusnahan kebakaran dianggarkan 100 peratus, punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Iklan