Referendum Uzbekistan: Proses pengundian berjalan lancar

Iklan
Pengundi menandakan kertas undi yang diberikan pegawai bertugas di salah sebuah pusat pengundi di bandar Tashken.

TASHKEN, UZBEKISTAN - Proses pungutan suara bagi meminda Perlembagaan Uzbekistan berlangsung dengan lancar tanpa insiden tidak diingini.

Berdasarkan tinjauan Sinar Harian di pusat pengundian sekitar ibu kota negara tersebut, jumlah keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari waktu tempatan menghampiri 50 peratus.

Iklan
Iklan
Kertas undi dibuang dikotak yang disediakan di pusat pengundian.

Beberapa pengurus pusat pengundian ketika ditemui menyatakan trend keluar mengundi menjelang tengah hari menunjukln peningkatan.

"Diharapkan ia terus meningkat sehingga pusat pengundian ditutup pada jam 8 malam ini," katanya pada Ahad.

Iklan

Kira-kira 20 juta rakyat Uzbekistan yang layak dijangka mengundi dalam referendum bagi meminda Perlembagaan negara berkenaan hari ini.

Antara pengundi membuat semakan nama pada papa. maklumat yang disediakan di salah sebuah pusat pengundian di Tashken.

Berdasarkan maklumat Suruhanjaya Pilihan Raya Republik Uzbekistan, sebanyak 10,758 pusat mengundi disediakan di seluruh negara dengan tempoh pengundian bermula dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

Iklan

Selain itu, seramai 611,000 warganegara telah melakukan pengundian awal dengan 452,000 daripada mereka mengundi dalam negara dan 159,000 di luar negara bermula 19 hingga 16 April.