Generasi muda 'dahagakan' perubahan di Uzbekistan

Iklan
Gambar dari kiri: Durdona, Sukhrob, Ulugbek

TASHKENT, UZBEKISTAN - Rata-rata golongan muda menyatakan mereka bertanggungjawab melakukan perubahan di Uzbekistan terutama dalam soal hak kebebasan, pendidikan dan peluang pekerjaan.

Penuntut Tashken Institute of Finance, Durdona,18, berkata, dia merupakan sebahagian daripada masa depan negara Timur Tengah itu dan tidak boleh berdiam diri sahaja.

Iklan
Iklan

"Pada masa depan kita perlukan negara dalam keadaan lebih baik. Baik dari sudut pendidikan, pekerjaan dan gaji.

"Ini adalah masanya untuk orang muda bersama-sama melakukan perubahan," katanya ketika ditemui di pusat pengundian di Tasken pada Ahad.

Iklan

Perkara sama turut dinyatakan oleh dua lagi pelajar institusi berkenaan iaitu Sukhrob, 21, dan Ulugbek,18, yang terpanggil untuk keluar mengundi kerana terdapat pindaan dan penambahan artikel dalam Perlembagaan Uzbekistan berkait rapat dengan masa depan mereka.

Berdasarkan artikel berkaitan Kronologi Proses Pembaharuan Perlembagaan, perkara teratas menjadi keutamaan ialah memperkukuhkan jaminan melindungi hak dan kebebasan semua warganegara sebaik mereka dilahirkan.

Iklan

Selain itu, reformasi tersebut akan menjadi tambahan dan kemas kini penting kepada Perlembagaan Uzbekistan sejak meratifikasinya pada 1992.

Reformasi itu juga bakal menjadikan Uzbekistan sebagai sebuah negara berdaulat, demokratik, sosial dan sekular dengan bentuk negara republik.