KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pengasas Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia (DDII), Hardi M Arifin yang telah kembali ke rahmatullah pada Ahad.
Anwar menerusi hantaran di laman Facebooknya mengutuskan salam takziah buat keluarga dan sahabat-sahabat di Indonesia dan mendoakan agar Allahyarham diberikan ganjaran dan tempat yang terbaik oleh ALLAH SWT.