JOHOR BAHRU - Seorang wanita warga emas melecur 90 peratus selepas bilik di bahagian tingkat atas kediamannya di Taman Pelangi Indah, di sini, terbakar, awal pagi Ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Saifulbahri Safar berkata, wanita berusia 60 tahun itu dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail dengan jentera Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.