Bayern Munich pintas Borussia Dortmund

Iklan
Gnabry meraikan kejayaan menjaringkan gol pembukaan semasa perlawanan Bundesliga, Bayern Munich menentang Hertha Berlin di Munich. - Foto: AFP

PENYANDANG juara, Bayern Munich menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua untuk menewaskan kelab tercorot Hertha Berlin 2-0 di Allianz Arena bagi memimpin semula Bundesliga dengan baki empat perlawanan.

Gol daripada Serge Gnabry dan Kingsley Coman membantu The Bavarians memanfaatkan keputusan seri Borussia Dortmund di VfL Bochum pada Jumaat untuk melonjakkan semula ke tempat teratas dengan 62 mata.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Dortmund pula dengan 61 mata di tempat kedua diikuti Union Berlin ketiga dengan 56 mata bersama Freiburg di tempat keempat.

Kemenangan itu juga menamatkan empat perlawanan tanpa kemenangan Bayern merentasi semua pertandingan, sambil menawarkan pengendali Thomas Tuchel sedikit masa yang diperlukan selepas pasukannya tersingkir dari Piala Jerman dan Liga Juara-Juara dalam beberapa minggu lalu.

Iklan

"Pada masa ini saya mempunyai perasaan yang semua orang mahukan dan semua orang sedar hakikat bahawa kami sebagai satu pasukan perlu meningkatkan prestasi.

"Pasukan bola sepak perlu mempamerkan tenaga secara bersama. Saya gembira dengan cara kami meraikannya bermaksud kami tidak mengambil mudah segala-galanya

Iklan

"Ya, kadang-kadang pemain perlukan sedikit semangat, hari ini kami perlukan ketenangan kerana saya rasa semua orang sudah bersedia,” kata Tuchel, yang mengambil alih tugas pada akhir Mac daripada Julian Nagelsmann.