BOGOTA - Sekurang-kurangnya 18 orang maut manakala 33 lagi cedera apabila sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung di barat Mexico pada Ahad.
Pemandu bas terbabit dilaporkan hilang kawalan sebelum kenderaan itu terjunam ke dalam lembah sedalam beberapa meter di Lebuhraya Tepic-Puerto Vallarta, lapor Agensi Anadolu.