Paras beberapa loji rawatan air di Kelantan merosot

Iklan
AKSB memaklumkan paras air di beberapa buah loji rawatan air merosot, susulan musim kemarau ketika ini.. - Foto fail

KOTA BHARU - Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) memaklumkan paras air di beberapa buah loji rawatan air merosot, susulan musim kemarau yang melanda masa kini.

Menurut Ketua Jabatan Operasi AKSB, Mohd Ashri Awang, kemerosotan paras air itu menyebabkan bekalan air terawat di beberapa kawasan di negeri itu terjejas.

Iklan
Iklan

"Punca utama yang menyebabkab berlaku pengurangan air di musim perayaan yang paling besar pengurangan air di Loji Rawatan Air Kelar.

"Kita mengalami kekurangan sehingga 15 juta liter sehari air di Loji Kelar," katanya.

Iklan

Mohd Ashri memaklumkan, penggunaan air di sepanjang musim perayaan meningkat berkali ganda.

Ini menyebabkan jajahan Pasir Mas dan Tumpat antaranya mengalami gangguan bekalan air.

Iklan

Bagaimanapun AKSB berusaha membekalkan air melalui lori tangki yang disalurkan kepada tangki statistik di beberapa kawasan.

Baru-baru ini lebih 2,000 penduduk di beberapa buah kampung di Tumpat terpaksa menggunakan air sungai selepas terputus bekalan air terawat.

Sebahagian besar penduduk di kawasan lain termasuk perantau yang pulang berhari raya turut berdepan dengan masalah kekurangan dan ketiadaan bekalan air terawat. - Awani