Pelajar maut bas bertembung lori

Iklan
Keadaan bas yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 130 Jalan Raya Timur Barat Jeli, di sini, hari ini.

JELI - Seorang pelajar maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan lori di Kilometer 130, Jalan Raya Timur Barat Jeli di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Suprintendan Polis, Nik Ahmad Kamil Che Ahmad berkata, mangsa yang maut dikenali Muhammad Afiq Mohd Zulkanain, 22, beralamat di Kampung Kebakat, Wakaf Bharu.

Iklan
Iklan

"Muhammad Afiq yang juga seorang pelajar merupakan salah seorang daripada 24 penumpang bas berkenaan.

"Mangsa yang berada kerusi hadapan tingkat atas bas berkenaan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jeli," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Iklan

Nik Ahmad Kamil berkata, pemandu bas, Mohd Khairul Izotty Abdullah, 30, cedera parah manakala dua penumpang kenderaan terbabit dikenali, Nur Adila Abdullah, 31, dan M Arif Ismail, 27, cedera ringan.

"Pemandu lori, Mohd Nor Azmi Mat Nor, 39, dari Kampung Paloh Tanah Merah tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Iklan

Mengulas lanjut, Nik Ahmad Kamil berkata, dalam kejadian kira- kira jam 2.45 petang itu, bas ekpress terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Perak ke Kuala Besut, Terengganu, sebelum bertembung dengan lori berkenaan yang datang dari arah bertentangan.

"Ketika tiba di tempat kejadian, keadaan jalan berselekoh, pemandu bas dipercayai gagal mengawal kenderaan dipandu sebelum memasuki laluan bertentangan.

"Bas berkenaan kemudian melanggar bahagian kanan lori sebelum terbabas ke dalam longkang," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.