'Isu jual aset TH terbukti fitnah' - Mujahid

Iklan
Mujahid menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya pada Selasa.

SHAH ALAM - Isu penjualan aset Tabung Haji (TH) kepada orang bukan Islam terbukti adalah satu fitnah, kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata, ia susulan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa telah menolak rayuan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ahmad Dusuki Abd Rani yang kalah saman di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 14 September 2022.

Iklan
Iklan

"Terima kasih peguam, Norazmir dan akhirnya TH terbela daripada fitnah keji sesama Islam. Alhamdulillah," katanya menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya pada Selasa.

Pada 14 September 2022, Mahkamah Sesyen Shah Alam menolak saman fitnah dikemukakan Ahmad Dusuki Abd Rani terhadap Mujahid.

Iklan

Saman fitnah itu berikutan kenyataan Mujahid di Twitter pada 22 November 2020 iaitu 'Seorang ustaz berdusta, berpuluh ribu jadi mangsa. Berlagak tahu segalanya akhirnya telan api fitnah dalam perut dia sendiri hingga kini tak pernah tarik balik pendustaannya'.

Mujahid membuat kenyataan berkenaan selepas tersebarnya video ceramah Ahmad Dusuki yang mendakwa aset TH dijual kepada orang bukan Islam.

Iklan

.