Penduduk Orang Asli terpaksa menutup hidung ketika melalui jalan utama ke penempatan Orang Asli Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir berikutan longgokan sampah yang tidak diselenggara dengan baik ketika tinjauan di sini.
Bau busuk selain pemandangan yang kotor di laluan utama ke penempatan mereka berpunca daripada longgokan sampah yang dijadikan tapak pelupusan sejak 20 tahun lalu.