KOTA BHARU – Armada Bersatu Kelantan yakin dengan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menyifatkan tempoh setahun pentadbiran PH itu sebagai kejayaan menjatuhkan kleptokrasi UMNO-BN.
Ketuanya, Asran Alias berkata, kekuatan pemerintahan diterajui pemimpin berusia 93 tahun itu adalah disebabkan sokongan kuat ahli parti terutamanya Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Dalam Negeri.