SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), Dr Mohd Muzzammil Ismail bertindak 'kunci mulut' mengenai desas-desus pemecatannya daripada jawatan itu.
Ketika dihubungi, beliau hanya menjelaskan mengenai status kontrak yang sepatutnya berakhir Oktober 2024.
Iklan
Iklan
"Maafkan saya kerana tidak dapat memberi sebarang komen berkenaan kontrak.
"Sekarang banyak khabar angin (pemecatan) bukan sahaja (melibatkan) Yayasan Peneraju, Teraju (Unit Peneraju Agenda Bumiputera) dan agensi lain juga begitu," katanya menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
Sebelum ini Bendahari UMNO Kuala Kedah itu dilantik ke jawatan berkenaan pada Oktober 2020.
Sementara itu semakan di laman web Yayasan Peneraju pada bahagian pihak pengurusan gagal menemui sebarang maklumat mengenai kedudukan Mohd Muzzammil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.