PH, UMNO Pulau Pinang setuju tak tanding sesama sendiri

Iklan
BERITA SEMASA 2 MEI 2023

Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang dan UMNO Pulau Pinang mencapai persetujuan untuk tidak bertanding sesama sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.

Ketetapan itu dicapai dalam pertemuan rasmi kali pertama yang diadakan antara dua gabungan parti itu di negeri ini pada Isnin.

Pengerusi PH, Chow Kon Yeow berkata, walaupun soal pembahagian kerusi belum lagi dapat dimuktamadkan namun melalui pertemuan itu, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan untuk memastikan kemenangan besar PH dan BN pada PRN akan datang.

Artikel berkaitan: http://bitly.ws/DREL

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian