Polis Belanda berkas 'Boris Johnson'

Iklan
Lesen memandu Ukraine palsu dikeluarkan pada 2019 lengkap dengan gambar dan tarikh lahir bekas Perdana Menteri Britain tersebut. - Foto Agensi

THE HAGUE - Pihak berkuasa di Belanda terkejut selepas menahan 'Boris Johnson' yang memandu di bawah pengaruh alkohol pada akhir minggu lalu.

Lelaki tersebut didakwa memiliki lesen memandu palsu Ukraine yang dikeluarkan pada 2019 lengkap dengan gambar dan tarikh lahir bekas Perdana Menteri Britain tersebut.

Iklan
Iklan

Jurucakap polis, Thijs Damstra berkata, pihak berkuasa dikerahkan ke lokasi kejadian selepas sebuah kereta dilaporkan terlibat kemalangan berhampiran Emma Bridge di bandar Groningen.

"Anggota kami temui lelaki tersebut di jambatan tersebut dan dia juga gagal untuk memperkenalkan dirinya serta enggan melakukan ujian alat pernafasan.

Iklan

"Seperti yang kita sedia maklum, Boris Johnson sebenar tidak berada di Belanda pada masa ini," ujarnya.

Susulan daripada itu, individu berusia 35 tahun dari bandar kecil Zuidhorn di Groningen tersebut telah ditahan. - AFP

Iklan