GOL tunggal Jordi Alba sudah cukup buat Barcelona untuk meraih tiga mata berharga ketika menewaskan Osasuna 1-0 awal pagi Rabu.
Kemenangan tipis itu membawa skuad bimbingan Xavi Hernandez sebelah kaki untuk meraih gelaran La Liga kali pertama sejak 2019.
Barca berkelebihan 14 mata di hadapan pasukan di tangga kedua Real Madrid yang tewas 0-2 kepada Real Sociedad.
Pada aksi itu, pelawat beraksi 10 permain selepas Jorge Herrando dibuang padang susulan mengasari Pedri ketika mereka bertahan daripada asakan barisan penyerang tuan rumah.
Penjaga gol Osasuna, Aitor Fernandez cekal mengawal gawang pada separuh masa kedua, namun dibocori pemain gantian Alba yang meledak gol untuk kemenangan lewat permainan
"Kami agak bergelut, terlepas beberapa peluang terbuka tetapi mujur Alba menjaringkan gol yang kadangkala menjadikan kemenangan lebih baik pada saat seperti ini," katanya.
Dalam pada itu, jurulatih Osasuna, Jagoba Arrasate merehatkan beberapa tonggak menjelang final Piala Raja Sepanyol Sabtu ini.
Barca pula mengekalkan skuad sama ketika menewaskan Betis Ahad lalu.
Jika Barcelona meraih dua lagi mata daripada lima perlawanan selepas ini, mereka bakal dinobatkan sebagai juara.