Klopp terima padah

Iklan
Klopp - Foto EPA

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menerima padah apabila didakwa oleh Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris susulan kritikannya terhadap pengadil, Paul Tierney ketika kemenangan 4-3 ke atas Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad lalu.

Klopp dilayangkan kad kuning kerana meraikan kemenangan Diogo Jota pada minit ke-94 dengan berlari ke arah pegawai keempat John Brooks di Anfield.

Iklan
Iklan

Kemudian, selepas perlawanan, dia menuduh Tierney berdendam dengan Liverpool tetapi badan pengadil PGMOL menyemak audio Tierney dan berkata dia bertindak secara profesional sepanjang masa.

"Jurgen Klopp dari Liverpool FC didakwa selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspur FC pada Ahad, 30 April.

Iklan

"Ulasan pengendali itu berkenaan pengadil perlawanan ketika wawancara selepas perlawanan didakwa mempunyai unsur salah laku apabila menuduh pengadil berat sebelah, dan/atau mempersoalkan integriti pengadil, dan/atau bersifat peribadi, dan/atau memberi nama buruk terhadap sukan ini.

"Jurgen Klopp diberi tempoh sehingga Jumaat, 5 Mei untuk memberikan jawapan," kata FA Inggeris.

Iklan

Kesalahan Klopp kali ini dijangka menyebabkan pengendali itu digantung perlawanan.

Semalam Klopp menarik balik tuduhannya terhadap Tierney, mengakui yang pengadil itu bertindak dengan betul tetapi pada masa sama menegaskan yang ada sejarah di antara kedua-dua pihak.

"Saya tidak kata apa-apa kepada Brooks. Saya hanya jerit; 'Tanpa kamu, tanpa kamu'. Ia tidak membawa maksud apa-apa. Kemudian Tierney datang kepada saya dan melayangkan kad kuning.

"Saya pasti dia tidak mempunyai niat apa-apa terhadap saya tetapi kami mempunyai sejarah yang saya tidak boleh nafikan," kata Klopp.