KUALA LUMPUR – Pihak pembelaan memohon kepada Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, agar mempertimbangkan saiz badan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali sebelum menjatuhkan hukuman.
Peguam, Mohammad Farhan Maaruf berkata demikian ketika hujahan mitigasi di hadapan Hakim Izralizam Sanusi, berhubung prosiding keputusan kes mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella.
Beliau berkata, mahkamah perlu mempertimbangkan perkara itu memandangkan anak guamnya mempunyai masalah kesihatan.
"Jika hukuman pemenjaraan dikenakan terhadapnya, ia akan menjejaskan kesihatan wanita itu.
"Hukuman penjara boleh digantikan dengan hukuman denda maksimum, sebagaimana yang terkandung dalam undang-undang,” katanya.
Ini kerana Mohammad Farhan berkata, amaun ikat jamin (RM17,000) terhadap Siti Bainun, adalah mencukupi untuk membayar denda maksimum, jika dibenarkan oleh mahkamah.
Selain itu, beliau berkata, Siti Bainun perlu menjaga ibu malah dia hanya menjalankan perniagaan menjual kek.
Pihaknya juga memohon mahkamah pertimbang gerak kerja sosial Siti Bainun dalam bidang kebajikan serta kesukarelawan.
Mahkamah ditangguhkan sebelum memutuskan bentuk hukuman ke atas wanita itu.
ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun diperintah ke Penjara Kajang hari ini
ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun wajar dipenjara hari ini - Pendakwaan
ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun mohon hukuman jel 12 tahun ditangguh
ARTIKEL BERKAITAN:Lapan alasan hakim jatuh hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun
ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun dihukum penjara 12 tahun
ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun sudah insaf, rayu hukuman ringan - Peguam
ARTIKEL BERKAITAN:Pendakwaan mohon Siti Bainun dikenakan hukuman berat
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Bainun didapati bersalah abai, aniaya Bella
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Kes Bella: Nasib Siti Bainun akan diketahui hari ini