KUALA LUMPUR - Pihak pembelaan memohon kepada Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, agar hukuman 12 tahun penjara terhadap pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali ditangguhkan sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Tinggi.
Peguam, Mohammad Farhan Maaruf berkata demikian di hadapan Hakim Izralizam Sanusi, berhubung prosiding keputusan kes mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella.
Beliau menyertakan 16 isu persoalan undang-undang untuk hujahan ini, antaranya rayuan sabitan dan hukuman difailkan di Mahkamah Tinggi maka ia perlu didengar dan diputuskan terlebih dahulu.
Selain itu beliau berkata, anak guamnya selaku pemohon, tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kesalahan jenayah maka ini merupakan kesalahan kali pertamanya.
"Anak guam saya juga dikenakan ikat jamin yang tinggi iaitu sebanyak RM17,000 dan dia sentiasa untuk menghadiri prosiding berkenaan,” katanya.
Selain itu beliau berkata, siasatan pegawai penyiasat dalam kes ini adalah tidak lengkap, kerana tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian selain rakaman percakapan jiran-jiran tempat kejadian.
Menurutnya, kesemua saksi yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah saksi yang berkepentingan, berniat jahat dan mempunyai konspirasi tersendiri semasa memberikan keterangan terhadap Siti Bainun.
Katanya, ia termasuk saksi-saksi yang dibawa selepas pembelaan telah di gariskan dan tidak pernah di rakamkan percakapan.
"Maka pemohon dengan rendah diri merayu agar penggantungan pelaksanaan hukuman yang dijatuhi hari ini, dibenarkan oleh mahkamah,” katanya.
Mahkamah ditangguhkan sebelum memutuskan sama ada wanita ini dapat menangguhkan pelaksanaan hukuman atau sebaliknya.
ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun diperintah ke Penjara Kajang hari ini
ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun wajar dipenjara hari ini - Pendakwaan
ARTIKEL BERKAITAN:Lapan alasan hakim jatuh hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun
ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun dihukum penjara 12 tahun
ARTIKEL BERKAITAN:Pertimbang saiz badan Siti Bainun sebelum jatuh hukum - Peguam
ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun sudah insaf, rayu hukuman ringan - Peguam
ARTIKEL BERKAITAN:Pendakwaan mohon Siti Bainun dikenakan hukuman berat
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Bainun didapati bersalah abai, aniaya Bella
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Kes Bella: Nasib Siti Bainun akan diketahui hari ini