KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa, pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali wajar dipenjara bermula Rabu selepas didapati bersalah mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella.
Ketika hujahan penggantungan sabitan kes di hadapan Hakim Izralizam Sanusi, Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria berkata, pembelaan bagi wanita berusia 31 tahun itu gagal menunjukkan keadaan khas yang membolehkan mahkamah menerima pemohonan tersebut.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad menghujahkan bahawa, pernyataan pembelaan tidak menunjukkan wujud keadaan khas yang membolehkan mahkamah menguna kuasa budi bicara untuk menangguhkan hukuman.
Menurutnya, pembelaan menyatakan pemohon perlu menanggung ibu yang sakit, tidak boleh dijadikan faktor khas, kerana bukan individu itu yang dituduh di mahkamah sebaliknya Siti Bainun.
"Mereka juga membangkitkan bahawa tertuduh menggunakan isu masalah kesihatan sedangkan kemudahan perubatan di penjara Malaysia tersedia setiap masa,” katanya.
Mahkamah ditangguhkan sebelum memutuskan bentuk hukuman ke atas wanita itu.
ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun diperintah ke Penjara Kajang hari ini
ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun mohon hukuman jel 12 tahun ditangguh
ARTIKEL BERKAITAN:Lapan alasan hakim jatuh hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun
ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun dihukum penjara 12 tahun
ARTIKEL BERKAITAN:Pertimbang saiz badan Siti Bainun sebelum jatuh hukum - Peguam
ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun sudah insaf, rayu hukuman ringan - Peguam
ARTIKEL BERKAITAN:Pendakwaan mohon Siti Bainun dikenakan hukuman berat
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Bainun didapati bersalah abai, aniaya Bella
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Kes Bella: Nasib Siti Bainun akan diketahui hari ini