Tiga pemimpin Bersatu turut sokong Proklamasi Orang Melayu

Iklan
Gambar dari kiri: Razali, Ahmad Faizal, Iskandar Dzulkarnain

SHAH ALAM - Tiga pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut menandatangani Proklamasi Orang Melayu yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Memetik laporan portal media tempatan, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, selain beliau, dua lagi individu adalah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid.

Iklan
Iklan

Menurut Razali, sokongan yang diberikan terhadap proklamasi tersebut adalah atas kapasiti peribadi.

"Kami bertiga telah menandatanganinya ketika menghadiri majlis berbuka puasa di Yayasan Perdana," katanya pada Rabu.

Iklan

Tambahnya, beliau tidak pasti jika terdapat mana-mana pemimpin Bersatu lain telah atau merancang untuk menandatangani dokumen yang bertujuan untuk menyatukan dan menyelamatkan masyarakat terutama Melayu.

Selain itu, Razali berkata, pengisytiharan itu tidak boleh dianggap sebagai dokumen perkauman kerana ia hanyalah usaha untuk menyatupadukan orang Melayu.

Iklan

"Saya melihat (pengisytiharan) ini sebagai sesuatu yang baik untuk orang Melayu (kerana) matlamat untuk menyatukan mereka. Tiada agenda politik di sebalik ini. Kaum lain tidak perlu risau mengenainya,” tambahnya.

Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin parti itu telah menyatakan sokongan dan menandatangani Proklamasi Orang Melayu tersebut.

Ahli Parlimen Marang itu menyifatkan sokongan yang diberikan terhadap proklamasi berkenaan adalah sebagai kembali kepada prinsip asal perjuangan Islam.