Gerakan halang jadi Ketua Menteri, Kon Yeow enggan ulas

Iklan
Kon Yeow

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow enggan mengulas dakwaan terdapat desakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP yang menghalang dirinya untuk memegang jawatan itu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan itu, beliau tidak tahu mengenai perkara itu dan belum membaca laporan berita berkenaan yang disiarkan sebuah portal berita pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Saya tak baca lagi dan tak tahu apa yang dilaporkan... ini memang berita baharu kepada saya.

"Saya akan jawab bukan hari ini, saya akan jawab apabila sampai pada masanya," katanya pada sidang akhbar di Komtar di sini, pada Rabu.

Iklan

Terdahulu, portal Malaysiakini melaporkan terdapat desakan dalam DAP dikatakan bertujuan menyekat Kon Yeow daripada kembali memegang jawatan itu selepas PRN akan datang.

Antara yang mendesak agar Guan Eng mengadakan kemunculan semula di Pulau Pinang ialah tiga ADUN yang mahu dia bertanding pada PRN akan datang.

Iklan

Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, beliau tidak tahu siapakah ADUN berkenaan dan tiada yang pernah menyatakan atau menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pentadbiran beliau sepanjang menjadi Ketua Menteri selama ini.

"Saya tak tahu siapakah mereka... mereka tidak pernah menyatakan rasa tidak happy (gembira) terhadap saya," katanya lagi.

Sementara itu, ditanya sama ada Guan Eng masih berpeluang menjadi Ketua Menteri semula sekiranya menang pada PRN akan datang, Kon Yeow berkata, terdapat pindaan Perlembagaan Negeri pada 2018 yang menyatakan orang yang dilantik itu tidak boleh dilantik sekiranya pada bila-bila masa pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri untuk dua penggal.

Katanya, pindaan yang dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) itu diluluskan oleh dewan dan kesemua ahli-ahli dewan dari PH bersetuju dengan pindaan yang dilakukan.