Pekerja kilang maut dipanah petir ke tempat kerja

Iklan
Mangsa disahkan maut di tempat kejadian setelah dipanah petir dalam kejadian di Jalan Kampung Sri Cheeding, Sungai Jarom di Kuala Langat pada Selasa. - Foto Facebook

KUALA LANGAT - Perjalanan seorang pekerja kilang ke tempat kerja berakhir tragedi apabila mangsa maut dipanah petir dalam kejadian di Jalan Kampung Sri Cheeding, Sungai Jarom di sini pada Selasa.

Mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 50 tahun itu menunggang sebuah motosikal dalam kejadian tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan berkaitan kejadian kira-kira jam 6.31 petang.

"Siasatan awal mendapati, dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kilang di Bandar Mahkota, Banting.

Iklan

"Ketika mangsa melalui Jambatan Rimbayu ke Ladang Teh Seri Cheeding, mangsa terkena panahan petir sebelum terjatuh," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Mangsa disahkan maut di tempat kejadian setelah dipanah petir dalam kejadian di Jalan Kampung Sri Cheeding, Sungai Jarom di sini pada Selasa. - Foto Facebook

Katanya, orang awam yang melalui lokasi kejadian kemudian membantu mengangkat mangsa.

Iklan

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian leher kanan serta lebam di bahagian perut dan paha kesan daripada panahan petir selain luka di dagu serta lutut akibat jatuh dari motosikal.

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi turut mendapati terdapat dua lubang atas jalan kesan panahan petir.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Banting untuk proses bedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.