Kelab kerdil bina pengaruh di AS

Iklan
Reynolds, Parkinson dan McElhenney.

KELAB kerdil Wales, Wrexham yang baru dinaikan pangkat daripada Divisyen Lima, akan mengadakan siri jelajah Amerika Syarikat (AS) ke Tinseltown pada Julai depan.

Perlawanan pramusim ini adalah bagi membina pangkalan para penyokong di AS dengan aksi persahabatan menentang pasukan simpanan Major League Soccer (MLS) LA Galaxy II.

Iklan
Iklan

Kelab milik pelakon Hollywood, Ryan Reynolds dan Rob McElhenney pada November 2020 mendapat penamat Hollywood didambakan bulan lalu.

Ini selepas kelab berpangkalan di utara Wales itu mengesahkan kembali ke Liga Inggeris sebagai juara Divisyen Lima selepas mengalahkan Boreham Wood, 3-1.

Iklan

"Pastinya satu kenangan terindah untuk bermain menentang kelab Amerika Syarikat di hadapan lebih ramai penyokong baharu ini," kata pengendali Phil Parkinson dalam satu kenyataan merujuk kepada perlawanan 22 Julai depan.

Dua lagi perlawanan di AS telah pun disahkan, dengan Wrexham akan menentang Chelsea di Chapel Hill, North Carolina, dan Manchester United di San Diego, California, masing-masing pada 19 dan 25 Julai.

Iklan

Terdahulu Reynolds dan McElhenney melengkapkan pengambilalihan Wrexham. apabila menguasai 100 peratus kelab itu daripada Wrexham Supporters Trust (WST).

Difahamkan Reynolds dan McElhenney membelanjakan £2 juta (RM11.16 juta) pelaburan di Wrexham.