Kes Bella: Che’ Puan Besar Khaleeda rakam penghargaan

Iklan
Hantaran di laman Instagram, Che’ Puan Besar Khaleeda.

JOHOR BAHRU - Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam merakamkan penghargaan kepada aktivis, peguam lantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pasukan pendakwaan dan individu yang prihatin dengan kes remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Che’ Puan Besar Khaleeda bertitah, baginda dan Tunku Ismail amat prihatin terhadap kes tersebut dan berpandangan ia perlu dijadikan pengajaran oleh semua pihak serta berharap kes seumpama itu tidak lagi berulang.

Iklan
Iklan

"Saya dimaklumkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada hari ini menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 22 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi yang serius," titah baginda.

Pada November tahun lepas, Tunku Ismail menitahkan empat peguam iaitu Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Baljit Singh Sidhu, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman menyertai prosiding mahkamah serta menghulurkan bantuan sewajarnya demi mendapatkan keadilan buat mangsa susulan kebimbangan masyarakat berhubung kes itu.

Iklan

Terdahulu, Hakim Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi kesalahan mengabai dan 12 tahun penjara untuk pertuduhan menganiaya, namun Siti Bainun hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun, selepas hukuman itu diperintah berjalan secara serentak bermula hari ini.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.

Siti Bainun juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Iklan

Mengikut pertuduhan, Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun itu sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun diperintah ke Penjara Kajang hari ini

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun wajar dipenjara hari ini - Pendakwaan

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun mohon hukuman jel 12 tahun ditangguh

ARTIKEL BERKAITAN:Lapan alasan hakim jatuh hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun dihukum penjara 12 tahun

ARTIKEL BERKAITAN:Pertimbang saiz badan Siti Bainun sebelum jatuh hukum - Peguam

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun sudah insaf, rayu hukuman ringan - Peguam

ARTIKEL BERKAITAN:Pendakwaan mohon Siti Bainun dikenakan hukuman berat

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Bainun didapati bersalah abai, aniaya Bella

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Kes Bella: Nasib Siti Bainun akan diketahui hari ini