Kes Bella: Noktahkan penganiayaan terhadap OKU

Iklan
Laporan Sinar Harian.

SHAH ALAM - Keputusan mahkamah berhubung kes penganiayaan terhadap kanak-kanak perempuan sindrom down berusia 13 tahun yang dikenali Bella pada Rabu, pastinya mendapat reaksi positif dalam kalangan masyarakat yang mengikuti kes berkenaan.

Pada Rabu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhi hukuman penjara 12 tahun terhadap Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, dua tahun lalu.

Iklan
Iklan

Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas mendapati Siti Bainun gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagi kesalahan pertama iaitu mengabaikan Bella, dia dihukum penjara 10 tahun manakala pertuduhan kedua, menganiaya sebanyak 12 tahun.

Iklan

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh hukuman itu.

Keputusan mahkamah itu menunjukkan bahawa sistem perundangan dan kehakiman negara ini sentiasa adil dan menegakkan hak asasi manusia atau dalam kes ini orang kurang upaya (OKU).

Iklan

Dengan pelaksanaan undang-undang tegas serta hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan, ia semestinya memberi peringatan kepada semua pihak terutamanya mereka yang menganiaya hak OKU.

Pada Rabu, Presiden OKU Sentral, Datuk Ras Adiba Radzi menyifatkan keputusan mahkamah itu merupakan suatu kemenangan kepada pejuang 'Justice For Bella' yang telah bekerja keras bagi memastikan kes itu dapat diadili dengan saksama.

Ujarnya, kemenangan itu juga menginspirasikan masyarakat supaya menjadi mata dan telinga bagi memantau supaya tidak berlaku penganiayaan terhadap golongan OKU.

Bagaimanapun, ia masih lagi belum tamat kerana masih ada lagi kanak-kanak yang tidak bernasib baik berdepan dengan masalah pengabaian dan penderaan.

Pada Rabu, Peguam pemerhati yang dicadangkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan kes pengabaian dan penderaan membabitkan Bella merupakan manifestasi kelompangan perundangan yang perlu segera dilitupi.

Justeru, empat peguam itu menerusi satu kenyataan mendesak kerajaan membuat penambahbaikan kepada Akta Kanak Kanak 2001 supaya lebih inklusif bagi melindungi kanak-kanak dari pengabaian, penganiayaan, penderaan dan ekploitasi.

Menurut kenyataan itu, antara lain adalah penting bagi memastikan operasi pusat yang berkaitan dengan asuhan, jagaan atau perlindungan kanak kanak hanya dilakukan oleh mereka yang benar benar terlatih dan bukan menjadikan pusat tersebut sebagai medium untuk mengaut derma atau sumbangan dari mana mana pihak

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Datuk Baljit Singh Sidhu, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman.

Cadangan itu boleh kira kerana perlu ada satu pelan tindakan susulan bagi menamatkan kes-kes seperti ini supaya ia tidak berulang lagi sekali gus membentuk persekitaran masyarakat yang bebas daripada perbuatan berbentuk eksploitasi dan penderaan kanak-kanak.

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun diperintah ke Penjara Kajang hari ini

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun wajar dipenjara hari ini - Pendakwaan

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun mohon hukuman jel 12 tahun ditangguh

ARTIKEL BERKAITAN:Lapan alasan hakim jatuh hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun dihukum penjara 12 tahun

ARTIKEL BERKAITAN:Pertimbang saiz badan Siti Bainun sebelum jatuh hukum - Peguam

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun sudah insaf, rayu hukuman ringan - Peguam

ARTIKEL BERKAITAN:Pendakwaan mohon Siti Bainun dikenakan hukuman berat

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Bainun didapati bersalah abai, aniaya Bella

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Kes Bella: Nasib Siti Bainun akan diketahui hari ini