Tidak perlu risau hadir Karnival Pendidikan

Iklan
Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah

SHAH ALAM - Orang ramai tidak perlu bimbang untuk menjalankan aktiviti rekreasi di luar termasuk menghadiri program Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang bakal berlangsung dari 10 hingga 12 Mei ini.

Pakar Meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan dan Institut Sains Samudera dan Bumi, Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah menjelaskan, warga Lembah Klang tidak perlu risau untuk hadir ke karnival itu kerana cuaca di Selangor dan Kuala Lumpur sudah mula hujan pada sebelah petang.

Iklan
Iklan

"Saya menggalakkan orang ramai untuk hadir ke karnival pada waktu pagi kerana ketika itu cuaca tidak terlalu panas, selesa dan sesuai untuk melakukan sebarang aktiviti di luar.

"Tidak menjadi masalah sekiranya orang ramai mahu melibatkan diri untuk menghadiri program di luar, selagi mereka tahu cara untuk kekal bertenaga ketika cuaca panas,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Rabu.

Iklan

Tambah Azizan, pemakaian topi dan payung sepanjang karnival amat digalakkan bagi memastikan diri tidak terdedah secara langsung dengan cahaya matahari jika melakukan aktiviti pada waktu tengah hari.

Azizan turut mengingatkan orang ramai untuk mengenakan baju yang tidak bersifat menyerap haba iaitu berwarna hitam.

Iklan

"Pemakaian baju berwarna cerah dan longgar adalah pilihan terbaik sewaktu melakukan aktiviti di luar supaya badan tidak berasa terlalu panas,” ujarnya.

Nasihat Azizan, orang ramai bagaimanapun perlu memastikan diri mereka minum air yang mencukupi agar kekal terhidrat dan bertenaga.

Pada masa sama, beliau memaklumkan bahawa pihak penganjur perlu memainkan peranan dalam menyediakan tempat yang selesa kepada pengunjung.

Jelasnya, penganjur perlu menyediakan ruangan yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik bagi memastikan haba tidak terperangkap.

Azizan berkata, pengudaraan yang baik bukanlah merujuk kepada penyediaan penyaman udara atau penyejuk tetapi cukup sekadar kipas yang boleh berfungsi dengan baik.

Tambah beliau, pihak penganjur juga boleh menyediakan stesen minuman kepada pengunjung bagi membolehkan mereka mendapatkan air dengan mudah.