Pindaan perlembagaan, reformasi Uzbekistan moden

Iklan
Proses pengundian yang berlangsung pada 30 April lalu menunjukkan lebih 90 peratus pengundi mahu mengubah perlembagaan negara tersebut.

SURUHANJAYA Pilihan Raya Pusat Republik Uzbekistan mengumumkan keputusan akhir referendum perlembagaan negara berkenaan yang dijalankan pada Ahad lalu.

Dalam pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi, Zainiddin Nizamkhojaev, peratusan keluar mengundi ialah 84.5 peratus atau 16,667,097 pengundi dengan 90.2 peratus undi menyokong dan hanya 9.35 peratus menentang.

Iklan
Iklan

Pada dasarnya, pembaharuan dari sudut perubahan dan pertambahan artikel dalam Perlembagaan Negara Asia Tengah itu wajar berlaku bagi memastikan hak kemanusiaan kira-kira 35 juta rakyatnya dalam pelbagai perkara dapat dipertingkatkan selain ekonomi negara dan dasar luar lebih baik.

Ia transformasi kepada Uzbekistan moden selepas pengisytiharan kedaulatan negaranya pada 20 Jun 1990 dan kemerdekaan pada 31 Ogos 1991.

Iklan

Ia juga reformasi yang menjadi tambahan dan kemas kini penting kepada Perlembagaan Uzbekistan sejak meratifikasinya pada 1992.

Generasi muda mahukan perubahan lebih baik kepada kehidupan mereka baik daripada sudut pendidikan, ekonomi, peluang pekerjaan dan gaji di Uzbekistan

Berdasarkan tinjauan ke atas rakyat Uzbekistan, majoriti daripada mereka memberikan respons positif terhadap pindaan dan penambahan perkara dalam perlembagaan negara oleh kerajaan pimpinan Presiden, Shavkat Mirziyoyev.

Iklan

Kebanyakan daripada mereka mahukan lebih kebebasan dan ia merupakan antara perkara utama dalam pindaan itu.

Dalam pembaharuan perlembagaan, perkara teratas menjadi keutamaan ialah memperkukuhkan jaminan melindungi hak dan kebebasan semua warganegara sebaik mereka dilahirkan.

Antara perkara tersebut ialah melindungi kebebasan beragama dengan semua organisasi agama beroperasi mengikut undang-undang negara.

Seterusnya adalah hak perlindungan kepada kumpulan kurang bernasib baik, sebagai contoh orang kurang upaya (OKU) mendapat peluang pekerjaan, pendidikan, sosial dan ekonomi lebih luas.

Tiga lagi perkara penting ialah berkaitan dengan hak perumahan tanpa sebarang diskriminasi, penjagaan kesihatan dan pendidikan di mana peringkat menengah adalah wajib.

Ketika mengajukan soalan kepada golongan muda atau belia terutama kumpulan pelajar di universiti menjelaskan kepentingan untuk keluar mengundi bagi melakukan perubahan demi masa depan Uzbekistan.

Jelas mereka, apa diinginkan adalah jaminan peluang pendidikan, pekerjaan dalam negara dengan gaji lebih baik.

Ada yang berharap politik, ekonomi dan kerajaan sedia ada terus kukuh tanpa sebarang isu yang boleh merencatkan perkembangan semasa.

Uzbekistan sebelum ini menjangkakan bahawa populasi rakyatnya mencapai 50 juta penduduk menjelang 2040 dengan lebih separuh adalah golongan muda.

Kira-kira 35 juta penduduk Uzbekistan akan merasai perubahan yang bakal dibawa oleh kerajaan melalui pindaan perlembagaan yang telah diluluskan

Bagi memastikan rakyat dalam keadaan baik, kerajaan perlu memastikan kestabilan ekonomi, negara yang selamat, pengurusan berkesan dan jaminan sosial.

Hakikat bahawa asas undang-undang yang kukuh diperlukan bagi merealisasikan cadangan tersebut Uzbekistan perlu mengemaskini perlembagaannya dan ia telah berhasil melalui keputusan pungutan suara.