SHAH ALAM - China bakal memasarkan hasil pertama projek ladang durian seluas lebih 3,000 hektar di Pulau Hainan, bulan depan sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai nasib durian Malaysia yang kini banyak dieksport ke negara itu.
Menurut portal The Straits Times Singapura, penanaman raja buah tersebut sejak empat tahun lepas di pulau berkenaan mampu menghasilkan kira-kira 2,450 tan durian semusim.