Kanak-kanak 8 tahun bukan alami strok haba

Iklan
Dr Nor Azimi

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Seorang kanak-kanak lelaki dari Pulau Tioman, Rompin yang diterbangkan menerusi penerbangan ihsan Tentera udara Diraja Malaysia (TUDM) pada malam Selasa bukan mengalami strok haba sebagaimana tular.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, sebaliknya kanak-kanak berusia lapan tahun itu mengalami jangkitan kuman pada otak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil siasatan mendapati satu kes dirujuk dari Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman ke HTAA pada jam 11.45 malam, Rabu.

"Pesakit seterusnya dirawat di Jabatan Kecemasan HTAA dan menjalani siasatan melalui CT Scan, pengambilan darah dan diberikan rawatan selanjutnya.

Iklan

"Pesakit dalam keadaan stabil dengan diagnosis adalah meningoencephalitis iaitu jangkitan pada otak dan bukan strok haba seperti yang tular sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini tular di laman sosial dan portal mengenai seorang kanak-kanak lelaki dipercayai mengalami strok haba.

Iklan

Kanak-kanak yang menetap di Pulau Tioman itu telah diterbangkan menaiki helikopeter EC725AP milik TUDM yang berpengkalan di 10 Skuadron Pengkalan Udara Kuantan itu selamat mendarat sekitar jam 11.30 malam pada Rabu.

Dr Nor Azimi berkata, pesakit seterusnya dimasukkan ke Wad Kanak- Kanak HTAA untuk rawatan selanjutnya.

Beliau menambah, maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, suhu harian di Pahang adalah kurang dari 35°C dan masih terkawal.

Sehubungan itu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan berlaku kesan kesihatan berikutan cuaca panas.

"Orang ramai boleh memantau status gelombang haba di negeri dan daerah masing-masing melalui laman sesawang MetMalaysia di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/,"jelasnya.