PONTIAN - Khabar gembira kos pembedahan membuang sel kanser mata Mohd Syukri, 9, yang akan ditanggung Baitulmal melegakan bapa, Johan Zainal 60, dan ibu, Samsiah Sarip yang tinggal di Kampung Tanjung Piai.
Bagaimanapun, Johan dan Samsiah resah memikirkan kesan pembedahan ke atas Syukri yang berisiko kehilangan deria penglihatan.
Samsiah berkata, Syukri juga perlu menjalani rawatan kemoterapi selepas pulih dari pembedahan membuang sel kanser mata yang dijangka pada akhir Januari tahun depan di Hospital Kuala Lumpur.
Katanya, perkhabaran apabila doktor mengesahkan Syukri yang merupakan anak bongsu dari dua beradik itu mempunyai kanser mata dan hidung adalah satu ujian.
Mengakui seakan tidak percaya sewaktu diberitahu tentang penyakit anaknya itu, Samsiah berkata, dia perlu kuat dan sentiasa berfikiran positif demi Syukri.
"Setiap ibu bapa pastinya ingin melihat anak mereka sihat membesar secara normal tanpa menghadapi masalah kesihatan serius.
"Tetapi selepas doktor beritahu Syukri ada kanser, saya rasa sangat sedih. Tapi saya tidak boleh nangis depan Syukri sebab tidak mahu dia rasa lemah,” katanya.
Samsiah yang merupakan suri rumah hanya mahu melihat Syukri sihat dan kembali aktif selepas menjalani pembedahan membuang sel kanser.
Katanya, Syukri berubah menjadi pendiam malah langsung tidak bercakap selepas disahkan menghidap kanser.
"Syukri juga tidak beri respon bila ditanya. Soalan paling mudah, sudah makan dan minum juga tidak diendahkan. Dia diam sahaja, bila diajak berbual dia tidur.
"Masanya kini lebih banyak terbaring atas katil. Saya dan suami ada cuba bawa dia keluar berjalan-jalan, tetapi dia menolak,” katanya.

Mata kanan Syukri lebih besar dari mata kirinya.