Pelakon Ridzuan Hashim meninggal dunia

Iklan
Allahyarham Ridzuan Hashim

KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 1.57 petang tadi.

Berita pemergian pelakon yang berusia 62 tahun itu disahkan oleh anak saudara Allahyarham, Kamarul Izham Ahmad Badri.

Iklan
Iklan

"Bapa saudara saya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur sekitar sejam lalu. Buat masa ini jenazah masih berada di hospital dan keluarga sedang menguruskan hal pengebumian," kata Kamarul Izham ketika dihubungi Astro Awani.

Menurut Kamarul Izham, Allahyarham Ridzuan akan dikebumikan di kampungnya di Hulu Langat.

Iklan

Sementara itu, pelakon Didie Alias yang juga bekas isteri Allahyarham turut berkongsi berita sedih itu di akaun Instagram peribadinya.

Allahyarham mula mencipta nama sebagai peragawan terkenal menerusi pentas peragaan dan iklan komersial sebelum terbabit dalam bidang lakonan.

Iklan

Antara filem lakonan Allahyarham adalah Antara Dua Hati, Hati Bukan Kristal, KL Gangster dan beberapa buah filem lain.

Allahyarham berkahwin dengan Didie Alias pada 1991 dan berpisah pada 2002. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang anak. - Awani