Kematian aktivis Palestin: Umat Islam diajak nyatakan solidariti

Iklan
Laporan Sinar Harian. Mohd Na’im (kanan).

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengajak umat Islam di negara ini untuk menyatakan solidariti dan sokongan terhadap rakyat Palestin yang masih dipenjara tanpa perbicaraan, semata-mata kerana berjuang menuntut kemerdekaan.

Dalam kenyataan pada Khamis bagi menzahirkan ucapan takziah atas pemergian aktivis Palestin, Sheikh Khader Adnan, beliau berkata, semua pihak perlu mengutuk tindakan rejim Israel itu.

Iklan
Iklan

Katanya, ia sebagai isyarat jelas bahawa masyarakat dunia menolak sebarang bentuk kezaliman dan penganiayaan walau dalam apa jua ruang yang ada.

"Adalah amat menyedihkan tahanan Palestin di penjara Israel termasuk golongan wanita dan kanak-kanak terus ditindas oleh rejim Israel.

Iklan

"Kezaliman serta penyeksaan yang diperlakukan kepada tahanan Palestin adalah sesuatu yang bertentangan dengan prinsip keadilan dan hak asasi manusia,” katanya.

Selasa lepas, media antarabangsa melaporkan Khader Adnan meninggal dunia ketika dalam tahanan di penjara Israel selepas 86 hari mengadakan mogok lapar bagi membantah penahanan sewenang-wenangnya rakyat Palestin oleh rejim Israel serta layanan kejam terhadap tahanan.

Iklan

Mohd Na’im menyifatkan kecuaian serta keengganan pihak berkuasa Israel untuk menyediakan kemudahan perubatan sehingga menyebabkan kematian aktivis itu, sebagai tidak berperikemanusiaan dan tidak bertanggungjawab. - Bernama