Amah cedera disyaki didera guna seterika

Iklan
Gambar hiasan. - Foto 123rf, gambar kecil: Amihizam

KUALA LUMPUR - Seorang pembantu rumah warga asing cedera disyaki didera majikannya di sebuah rumah di Jalan Hujan Emas 3, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, wanita berusia 39 tahun itu mengalami kecederaan serius iaitu melecur hampir seluruh badan dan lebam di kedua-dua belah mata dan muka.

Iklan
Iklan

"Mangsa mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan ditempatkan di rumah perlindungan.

"Mangsa bekerja hampir setahun enam bulan dan mendakwa seringkali dipukul, ditampar dan pernah dicederakan oleh majikannya di bahagian tangan dengan seterika,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Amihizam berkata, polis menerima aduan daripada seorang lelaki mengesyaki jirannya mendera pembantu rumah pada 23 April lalu.

"Kertas siasatan kes itu telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara dan suspek yang merupakan majikan mangsa akan dibawa ke Mahkamah Kuala Lumpur esok (Jumaat) untuk dituduh di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Iklan