Lelaki upah anak saudara RM453 bunuh isteri pertama

Iklan
Gambar hiasan.

JAKARTA - Disebabkan tamak harta, seorang lelaki di Indonesia tergamak membunuh isterinya dalam kejadian pada bulan lalu.

Kompas pada awal minggu lalu melaporkan suspek dikenali sebagai Z, 48, turut mengupah anak saudara lelakinya, TA dan adik iparnya, S untuk berkomplot dalam pembunuhan tersebut.

Iklan
Iklan

Unit Siasatan Jenayah Polis Mamuju Tengah memaklumkan Z mempunyai dua isteri dan mangsa, Jumiati yang berusia 38 tahun merupakan isteri pertamanya.

"Anak saudaranya yang tinggal di kabupaten Bone yang terletak sejauh kira-kira 570 kilometer dari lokasi tempat tinggal mangsa di kabupaten Mamuju Tengah turut diupah sebanyak 1.5 juta rupiah (RM453) untuk melakukan perbuatan itu.

Iklan

"Siasatan kami mendapati TA turut ditemani S yang menetap di Bone dan menerima upah berjumlah 500,000 rupiah (RM151) untuk membawa TA ke perkampungan Sukamaju pada 25 April lalu. Jumiati maut ditikam dengan pisau sebanyak lima kali,” ujar jurucakapnya.

Menurutnya, mangsa ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di tepi jalan.

Iklan

"Penduduk setempat pada mulanya menyangka dia terlibat kemalangan ketika mangsa dibawa ke pusat kesihatan berhampiran,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Mamuju Tengah, Amri Yudhy berkata, suspek membuat plot membunuh itu kerana isu harta.

Jelasnya lagi, ketiga-tiga suspek akan didakwa di bawah Kanun Jenayah dan bakal dikenakan hukuman mati jika disabit bersalah. - Agensi