Mahkamah AS putuskan Ed Sheeran tidak ciplak lagu

Iklan
Sheeran sejak awal menafikan mencuri elemen dari lagu 'Let's Get It On' untuk naskah ciptaannya.

NEW YORK - Mahkamah Amerika Syarikat (AS) memutuskan lagu popular Ed Sheeran, 'Thinking Out Loud', bukan satu naskah yang diciplak daripada lagu 'Let's Get It On' yang dihasilkan pada tahun 1973.

Keputusan itu sekali gus menamatkan kes saman pelanggaran hak cipta yang difailkan anak penulis lagu tersebut, Kathryn Townsend Griffin.

Iklan
Iklan

Ed Sheeran sifatkan keputusan itu akan membantu melindungi proses kreatif untuk penulis lagu di AS dan seluruh dunia.

Beliau sejak awal menafikan mencuri elemen dari lagu 'Let's Get It On' untuk naskah ciptaannya.

Iklan

"Kami menghabiskan masa lapan tahun bercakap mengenai dua lagu yang mempunyai lirik, melodi berbeza dan empat kord yang berbeza yang digunakan oleh penulis lagu di seluruh dunia.

"Empat kord ini digunakan lebih awal sebelum 'Let's Get It On' ditulis dan akan terus digunakan untuk tempoh yang panjang. Sekiranya juri memutuskan sebaliknya, kami mungkin akan ucapkan selamat tinggal kepada kebebasan bagi penulis lirik," katanya.

Iklan

Sebelum ini waris penulis lagu 'Let's Get It On' mendakwa Sheeran, kumpulan Warner Group dan Sony Music Publishing bertanggungjawab ke atas dakwaan pelanggaran hak cipta.

Lagu 'Thinking Out Loud', tulisan Ed Sheeran cipta populariti global pada tahun 2014. - Awani