[VIDEO] Pasangan kekasih mengaku bersalah buat aksi 'wheelie'

Iklan
Dua remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Khas Trafik Kuantan atas kesalahan melakukan aksi berbahaya ketika menunggang dan membonceng motosikal di Jalan Chendor menghala ke Kemaman, Terengganu pada 12 Mac lalu.

KUANTAN - Seorang pekerja di sebuah pusat mencuci kenderaan mengaku bersalah di Mahkamah Khas Trafik Kuantan pada Jumaat atas pertuduhan menunggang motosikal sambil melakukan aksi 'wheelie' yang berbahaya bersama kekasihnya di Jalan Chendor menghala ke Kemaman, Terengganu pada 12 Mac lalu.

Kekasihnya pula mengaku salah di mahkamah sama atas pertuduhan sebagai pembonceng telah membantu melakukan aksi terbabit.

Iklan
Iklan

Kedua-dua mereka yang berusia 17 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Fatinah Abu Bakar.

Remaja lelaki terbabit didakwa sebagai penunggang motosikal jenis Honda EX5 warna putih dengan cara mengangkat tayar hadapan dari jalan Chendor menghala ke arah Kemaman manakala kekasihnya yang masih bersekolah turut didakwa sebagai pembonceng dalam aski yang sama.

Iklan

Pasangan remaja itu didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 serta tidak lebih RM15,000.

Lesen memandu di endors oleh mahkamah dan hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu dalam tempoh tidak kurang dua tahun dari tarikh sabitan. Jika sabitan kedua dan seterusnya, hilang kelayakan selama 10 tahun

Iklan

Sebelum itu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Nafizah Ismail menawarkan ikat jamin RM2,000 untuk setiap tertuduh.

Bagaimanapun kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam bela meminta jaminan dikurangkan atas alasan ahli keluarga tidak berkemampuan.

Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh dijamin masing-masing sebanyak RM800 dengan seorang penjamin.

Kes disebut semula pada 7 Jun depan bagi mendapatkan laporan akhlak.

Pada Ahad, tular satu video berdurasi 54 saat itu tular di laman sosial, selepas pasangan tersebut melakukan aksi wheelie di Jalan Chendor Kuantan menghala ke Kemaman.

Namun, kedua- dua remaja yang berusia masing-masing 17 tahun itu ditahan pihak polis di hadapan rumah lelaki terbabit di Kampung Balok pada Isnin.