Penternak kambing maut ditetak dua individu

Iklan
Polis

KLANG - Seorang penternak kambing maut ditetak dua individu dalam kejadian di Kampung Perepat, Kapar dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu kira-kira jam 5.15 petang.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal dijalankan mendapati, kejadian berlaku ketika mangsa seorang lelaki tempatan berumur 46 tahun itu sedang membawa beberapa ekor kambing miliknya di lokasi kejadian.

"Mangsa kemudian didatangi dua lelaki menaiki motosikal yang kemudiannya bertindak menetak mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian tangan, kepala dan badan.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

Iklan

"Setakat ini siasatan lanjut berkaitan punca dan motif kejadian masih dijalankan," ujarnya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Hanis Idris di talian 019-909 9763 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara 03-3291 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran.