TELUK INTAN - Naib Pengerusi DAP Pusat, Nga Kor Ming menyifatkan kenyataan bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming mengenai calon perdana menteri sebagai pandangan peribadi.
Menurut beliau, dalam negara yang mengamalkan demokrasi, pemimpin DAP itu bebas untuk memberikan pendapat termasuk berkaitan isu politik.
Iklan
Iklan
"Baik ahli Parlimen atau pemimpin, mereka bebas untuk memberikan pendapat peribadi.
"Bagaimanapun setiap pemimpin itu adalah terikat dengan keputusan parti, jelas. Itu sahaja," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Pasar Besar Teluk Intan di sini pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pandangan Kian Ming agar bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Sufian Hamdan patut menyertai DAP kerana parti itu ketiadaan calon perdana Menteri.
Pada Januari lepas, Khairy Jamaluddin yang merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO dipecat daripada UMNO sementara Shahril Sufian digantung keahlian.