Rai Hari Guru di dasar laut

Iklan
Penyelam berpakaian seragam guru ketika meraikan sambutan Hari Guru di dasar laut di Taman Laut Pulau Perhentian pada Khamis.

KUALA TERENGGANU - Tirai sambutan Hari Guru pada tahun ini dimulakan dengan acara sambutan yang diadakan di dasar laut oleh Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP) dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut.

Uniknya, sambutan itu melakar sejarah dalam The Malaysia Book of Records (MBOR) apabila diiktiraf sebagai penganjur pertama untuk meraikan sambutan Hari Guru di dasar Taman Laut di Pulau Perhentian pada Khamis.

Iklan
Iklan

Menurut Guru SMK Kuala Besut, Aznan Abas, sambutan itu direalisasikan oleh seramai 33 penyelam terdiri dalam kalangan 15 guru Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) serta kakitangan bank berkenaan.

"Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan di dalam air, mengasah kemahiran di dasar laut dan mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti rekreasi sukan selam skuba dalam kalangan guru.

Iklan

"Secara tidak langsung ia dapat memperkenalkan Pulau Perhentian sebagai lokasi selam skuba dan selam snorkeling yang terkenal dan menjadi tarikan ramai di peringkat antarabangsa," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Wakil MBOR, Lee Pooi Leng (tengah) bergambar bersama peserta yang meraikan sambutan Hari Guru di dasar laut di Taman Laut Pulau Perhentian pada Khamis.

Pengiktirafan itu disahkan oleh wakil MBOR, Lee Pooi Leng dan majlis sambutan Hari Guru itu disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Abdul Muie Ngah di Pusat Taman Laut, Pulau Perhentian.

Iklan

Menurut Aznan, terdapat keunikan yang turut ditonjolkan ketika aktiviti skuba di mana para penyelam turut memakai pakaian seragam guru yang lengkap dengan memakai tali leher dan berbaju kemeja.

Sementara itu, Abdul Muie yang turut sama pada program itu berkata, program yang diadakan itu dapat meningkatkan lagi penghargaan terhadap golongan pendidik di samping mengeratkan hubungan bersama agensi dan komuniti.

Selain itu, katanya, ianya juga dapat meningkatkan motivasi kepada golongan guru supaya lebih bersemangat dan berdedikasi dalam mendidik anak bangsa.