MOSCOW - Hubungan antara Rusia dan Amerika Syarikat kini berada pada tahap berbahaya dan berada di"ambang” konflik terbuka, dakwa Timbalan Menteri Luar Sergey Ryabkov pada Khamis, lapor Sputnik.
"Kami sedang berusaha untuk mengekalkan hubungan dengan Amerika Syarikat daripada terlibat dalam kancah konflik bersenjata secara terbuka. Kami sudah berada di ambang, di pinggir jurang ini," kata Ryabkov kepada penyiar Channel One Rusia.