Hasrat abang jumpa adik tak kesampaian

Iklan
Noraini (dua, kiri) menceritakan kejadian menimpa Muhammad Afiq kepada saudara maranya di Unit Forensik Hospital Jeli di sini, hari ini. (Gambar kecil: Muhammad Afiq Mohd Zulkanain)

JELI - Hasrat seorang abang untuk menemui adik bongsunya tidak kesampaian apabila terlibat dalam kemalangan di sini, semalam.

Muhammad Afiq Mohd Zulkanain, 22, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Jeli selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan bas dan lori di KM130, Jalan Raya Timur Barat Jeli di sini.

Iklan
Iklan

Ibunya, Noraini Abdullah, 49, berkata, anak sulung dari lima beradik itu pulang demi memenuhi permintaan adik bongsunya, Anis Batrisya, 10, yang begitu berharap untuk menemuinya.

"Anis sebelum itu dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II sejak Sabtu lalu dan dibenarkan pulang dua hari lalu.

Iklan

[ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar maut bas bertembung lori]

"Afiq balik demi memenuhi permintaan Anis, tapi Anis dan adik-adik yang lain tak tahu dia balik kerana arwah nak buat kejutan untuk mereka," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jeli di sini, hari ini.

Iklan

Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang itu, bas ekspres dinaiki Muhammad Afiq bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan.

Muhammad Afiq yang duduk kerusi hadapan bas berkenaan meninggal dunia ketika mendapatlan rawatan di Hospital Jeli.