KDN rangka penyelesaian isu keselamatan, ketenteraman awam

Iklan
Saifuddin (dua dari kiri) bersama Ruji dalam satu pertemuan dengan Anwar (kanan) pada pagi Jumaat.

SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan merangka jalan penyelesaian bagi menangani isu keselamatan dan ketenteraman awam yang sudah berlarutan sejak sekian lama.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan memberi perhatian serius dan komitmen bagi mengatasi perkara berkenaan.

Iklan
Iklan

Jelas beliau, satu pertemuan telah diadakan bersama dengan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pagi Jumaat bagi membincangkan hal tersebut.

"Pagi tadi saya bersama-sama Ruji memberikan taklimat kepada Anwar berhubung hal melibatkan kesesakan di tambak Johor, urusan keimigresenan, pengurusan pekerja asing, ancaman keselamatan sempadan serta beberapa perkara lagi yang terkait dengan keselamatan dan ketenteraman awam.

Iklan

"Kerajaan Perpaduan memberi perhatian serius dan komitmen penuh bagi mengatasi isu sebegini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Saifuddin juga berkata, bahawa beliau akan memastikan segala masalah yang berlaku di dalamnya tidak akan terus berpanjangan.

Iklan