GUATEMALA CITY - Pihak berkuasa Guatemala memindahkan lebih 1,000 orang dan menutup jalan raya ketika gunung berapi paling aktif di Amerika Tengah meletus pada Khamis serta memuntahkan debu di ladang dan bandar yang tidak jauh dari Guatemala City.
Pegawai Perlindungan Awam, Oscar Cossio berkata, seramai 1,054 orang dipindahkan dari lima perkampungan yang terletak berhampiran kaki gunung berapi Fuego ke dewan sukan bagi mendapatkan perlindungan sementara waktu.
Iklan
Iklan
Pusat Bencana Nasional (Conred) berkata, gunung berapi itu membebaskan piroklastik iaitu campuran gas bersuhu tinggi, abu dan serpihan batu yang turun pada kelajuan tinggi ke bahagian bawah gunung tersebut.
Pegawai Conred, Rodolfo Garcia menganggarkan 130,000 orang tinggal di kawasan yang terdedah kepada abu dari kawah gunung berapi.
Katanya, pelepasan lebih kuat mungkin menyusul sekiranya letusan ‘paras tinggi’ berterusan dan ramalan hujan, banjir lumpur boleh terbentuk.
Tambah beliau, sebanyak 13 pusat perlindungan kecemasan telah dibuka di empat bandar berhampiran dan mampu memberi perlindungan kepada 7,600 orang. - AFP
Artikel Berkaitan