BANGKOK - Seorang pegawai pencegahan bencana nyaris buta mata kiri selepas disembur racun ular tedung Siam semasa melakukan operasi menangkap reptilia itu di Kampung Ban Tanot di daerah Mueng, lapor Thairath.
Mangsa dikenali sebagai Kriengsak Klang, 49, terselamat selepas Unit Penyelamat Hook, 31, menghantarkan ke Hospital Maharat Nakhon Ratchima.
Iklan
Iklan
Menceritakan semula kejadian, Kriengsek berkata, dia dihubungi rakannya sekerjanya untuk menangkap ular dalam sebuah rumah penduduk kampung.
"Ketika itu saya sedang mandi sebelum masuk kerja syif malam dan bergegas membawa sarung tangan digunakan menangkap ular ke tempat kejadian.
"Sebaik tiba, saya menggunakan pengepit untuk mencengkam kepala ular itu sebelum ia tiba-tiba menyembur racun ke mata dan mengakibatkan kesakitan yang melampau," katanya sambil menambah sempat menghubungi talian 1699 dan dia disuruh mencuci mata dengan air garam.
Bagaimanpun, Kriengsek mengakui kesilapannya akibat tergesa-gesa dengan tidak membawa peralatan pelindung diri yang kebiasaan dipakai ketika kerja menangkap ular tedung berbisa.
Tambahnya, kebiasannya dia memakai pelindung mata untuk mengelak semburan racun ular yang berbisa seperti ular tedung.